" Power can be taken, but not given. The process of taking is empowerment in itself"
Gloria Steinem
Sebenarnya tidak ada sesiapa pun akan memberikan kita kuasa. Organisasi kita mungkin menaikkan kita ke aras kedudukan tinggi, menganugerahkan gelaran, dan menawarkan peluang bagi membangunan kekuasaan. Semuanya ini adalah sia sia belaka, kecuali, sekiranya kita dapat gunakannya dengan apa yang dikurniakan.
Memang ramai orang didunia ini yang bergelar dan mempunyai banyak gelaran yang hebat hebat tetapi tidak punya pengaruh, dan juga mesti ingat pula ramai juga orang yang tiada darjah dan gelaran, tanpa ada kepimpinan yang formal pula begitu berpengaruh.
Dengan mempunyai pendirian dan keberanian secukupnya untuk berkata kata diatas apa saja prinsip serta kepercayaan kita, kuasa sebenarnya adalah milik kita. Ambil dan gunakannya tanpa gentar. Berasa selamat lah dan sangguplah mengambil risikonya. Redha lah untuk meletakkan diri kita dilandasan apa yang kita yakini. Dengan kekuatan, visi, dan keberanian, kita tetap mendapat pengaruh yang diperlukan bagi menjadi pemimpin yang efektif.