Buat pagi ini yang bersejarah, perhimpunan pertama tahun ini menyaksikan Ketua Pengarah baru sudah memulakan tugas memberikan ucapan sulung beliau. Ia sepatutnya diadakan kelmarin tetapi ditunda pagi ini kerana Cuti Thaipusam, pertama kali juga dalam sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Saya ingin mencatitkan disini tentang apa yang diperkatakan oleh Y.Bhg. Dato' KP didalam ucapan beliau supaya direkodkan disini untuk ingatan serta rujukan kemudian kelak. Diantaranya ;
- Beliau mengingatkan tahun 2010 dimana ianya menjadi kunci utama prestasi pengukuran visi Jabatan menjadi "Worldclass" didalam era beliau. Cabaran amat besar dan memerlukan keyakinan didalam kebolehan semua peringkat kakitangan bagi mencapai taraf sedemikian. Ramai yang bertanya samada Jabatan yakin keatas kemampuan ini. Banyak pihak luar nampak mereka mampu buat dan mengeluarkan hasil yang lebih baik daripada Jabatan ini. Jika demikian adakah JPS relevan dan signifikan pada masa itu.
- Beliau juga menyatakan bahawa sekarang ini adalah era JPS bukan lagi seperti dulu JKR, isu isu alam sekitar seperti penyelesaikan masaalah banjir adalah menjadi kehendak utama pelanggan kita, oleh itu harapan besar sudah dipertanggung jawabkan kepada jabatan untuk mengerakkan program penyelesaiaannya dan menjadikan ianya cabaran hebat jabatan masakini.
- Isu memperkemas dan mengutamakan kebajikan sumber manusia jabatan adalah agenda utama, maka Jabatanarah sedang dalam proses mengisikan jawatan jawatan kosong serta membuat perubahan ini. Jika perlu bagi mengerakkan usaha jabatan berkemungkinan juga perlu diambil pegawai pegawai secara kontrak bagi memenuhi dan mengatasi sebarang cabaran.
- Empat kriteria penting disebut bagi kenaikan pangkat bagi sesiapa yang layak untuk mengisi jawatan jawatan kosong mengikut keutamaan berikut pertama lulus PTK, kedua Lapuran prestasi dari pihak atasan, ketiga 'peer review' dan keempat kekananan.
- Perkara perkara lain yang disebut adalah penubuhan jawatankuasa "exco" Jabatan arah bagi membuat keputusan bersama diperingkat ibupejabat yang terdiri daripada semua JUSA dan 2 Gred54, mengadakan semua ahli Jabatanarah diletakkan diaras 2, menamakan setiap blok bangunan yang menempatkan bahagian bahagian di JPS dan memperkemaskan sistem penyampaian maklumat diIbupejabat.