" The wave of the future is coming,
and there is no stopping it "
Anne Morrow Lindbergh
MAPPA VIII - PICC Putrajaya
Sebilangan orang menghabiskan sejumlah tenaga yang menakjubkan bagi melawan perubahan. Mereka akan melawan sebarang perubahan dalam proses kerja. Melawan kemajuan teknologi. Melawan sebarang keperluan bagi mempelajari kaedah baru kemahiran bagi menghindar peralihan tumpuan serta pasaran sediada. Mereka melawan sedaya upaya yang termampu hingga akhirnya mengorbankan mata pencarian yang hendak mereka selamatkan.
Perubahan adalah faktor utama jika hendak bertahan lama didalam perkhidmatan atau perniagaan. Kita mesti memujuk orang orang yang kita pimpin agar merasa selamat dengan kedatangan perubahan ini. Tak usah meminta mereka menerima perubahan atas sebab perubahan semata mata dengan membabi buta tanpa tidak perlu mempersoalkannya. Tunjuk mereka akan keberkesanan dan faedah kompetitif yang diperolehi didalam suasana dunia masakini. Mereka tidak boleh memberhentikannya. Pujuk mereka supaya mengamit kedatangan perubahan itu dengan peluang peluang yang dibawa olehnya.