Syukur kita semua warga JPS kerana arus kepimpinan tetap berterusan tanpa putus. Kepimpinan adalah nyawa sesuatu organisasi untuk terus hidup. Kita mestilah berasa amat bangga dan bertuah kerana mendapat seorang pemimpin yang semua kenal, mesra dan prihatin dan amat sangat disenangi dan terlalu ramai menaruh harapan tinggi dan memuji beliau. Kesinambungan kepimpinan ini diteruskan oleh Y. Bhg. Dato' Ir. Hj Ahmad Husaini Hj Sulaiman mulai 16 Disember 2007 hujung tahun lalu. Diblog ini sukacita disejarahkan dengan ucapan tahniah dan harapan kejayaan tinggi jua kepada beliau. Tidak banyak dapat dilakarkan dan ditulis lebih namun pada 14 Januari 2007 lalu beliau sudah memberikan amanat kepada semua mengenai apa yang beliau inginkan..(kalau boleh setiap warga cubalah dapatkan satu salinan Amanat beliau itu untuk di selami dan diperhalusi sedalam dalamnya ibarat rukun negara juga). Seperti juga mana mana pemimpin yang inginkan yang terbaik hasil daripada kepimpinannya, tiada seorang pun pemimpin yang mahu melihat kegagalan dan kehancuran hasil daripada kepimpinannya..diantara lain maksud kata katanya didalam amanat beliau adalah bahawa...'..semua juga adalah rakannya baik didalam atau luar pejabat, dipadang golf, dibowling alley atau dimana saja, namun pena ditangannya membawa tanggungjawab yang tidak mengenal rakan atau taulan yang mana beliau merasakan tanggungjawab beliau sebagai ketua adalah amat berat bagi menentukan Jabatan ini relevan dan memenuhi kehendak pelanggan' 'take it or leave it'...maka mesej beliau amatlah jelas disitu..... Ingatan bagi kita semua pasal kita juga pemimpin..
"Once you have been number one,
you can never be satisfied with less"
Chis Evert
'Being on top is an exhilarating - and scary - place for a leader. There is always someone ready to push you from perch and take your place.
Ironically, you are often most vulnerable when you are most successful. Being on top blinds some leaders. They feel indestructible. As long as you stay alert and keep doing the things that got you to the top in the first place, your chances of staying there are excellent. Don't doze. Losing your superior position would be painful for you. Worse, it would be demoralizing for your team and organization.'