Thursday, January 31, 2008

Change is good

" Change is good. You go first "
Dilbert.

Kita sedia menerima bagi menyesuaikan diri mengikut masa, tetapi adakah orang yang kita pengaruhi sanggup menerima yang sama ?
Satu dari cabaran besar sebagai pemimpin adalah bagi mengurus perubahan. Ia mungkin amat payah kerana peralihan didalam organisasi kadangkala mengugat orang yang berkepentingan sama - pekerja, keluarga mereka, pemberi khidmat, kontraktor, peniaga, dan pelanggannya. Cabaran utama kita ialah menyakinkan mereka akan menafaat yang akan diperolehi jika berlakunya perubahan. Dengar juga pandangan mereka, beri peluang mengeluarkan pendapat secara terbuka. Kadangkala bukan mesej yang jadi rintangan; ianya mungkin disebabkan kurangnya mesej. Kita tidak boleh menjamin semua orang akan berasa gembira bagi setiap perubahan. Namun begitu, kita boleh membantu mereka memahami sebab musabab dan bagaimana mereka juga akan mendapat faedahnya. Jika pun tiada nampak faedahnya dengan jelas buat permulaan, sekurangnya kita membantu peralihan ini dengan licin dan berkesan jua, insyaallah.