Semalam saya mencatatkan mengenai arahan supaya saya menjalankan tugas doQ (desk officer Quality). Mungkin saya layak untuk menghidu dan cepat mengetahui pengerakan dan kelemahan kita semua..tapi ini dah arahan dan saya tetap akur. Petikan semalam tu di tulis sebagai perenggan mesyuarat dan hari ini saya ingin memperincikan ..Let's look it in a "Structured form". Disenaraikan tugas tugas secara berikut:
- Menyelaras semua Program Q.
- Menyenaraikan semua program-program Q yang perlu mengikut TQM model.
- Menyediakan Carta Pengurusan dan Pelaksanaannya.
- Memantau melalui mesyuarat dan Laporan Q bahagian.
- Mengerakkan program KMK BSGE secara langsung.
- Menjalankan tugas Urusetia Harta Intelek JPS Malaysia.
Wah...ada 6; kalau satu perlu 10% masa bagi memenuhi SKT tahunan, maka perlu ada 60% masa keseluruhan SKT. Ini akan dibuat dalam masa 1 bulan sebelum mula 2008 ini.
Bagi mengerakkan program Q, semua lapisan staff BSGE akan terlibat dan dilaksanakan didalam Program "QTime" masing masing. Bagi tujuan tersebut mesyuarat bersetuju bahawa Kalendar Aktiviti QTime ini dirancang dan dipantau jua dan seorang pegawai J41 akan dilantik bagi menyelaras program ini dan beliau yang dilantik akan membantu saya juga. Jika ada pegawai yang berminat bolehlah berhubung dengan saya.