Sunday, November 18, 2007

November 18 - Hari ini dalam sejarah

November 18 adalah harijadi ku. Bersamaan 50 tahun Malaysia merdeka begitulah umurku sekarang. "Happy Birthday to me". Hari minggu begini adalah masa sedikit merenung segala pencapaian, kekurangan dan kelemahan, biarlah ini semua aku sendiri rasai dan simpan didalam benak sanubari ku. Kita hidup sebagai manusia biasa dengan keluarga, masyarakat dan semua rakan dikeliling kita, lamanya di pejabat selama 8 jam sehari. 
Didalam menjalankan aktiviti harian segala macam urusan hendak disiapkan dengan membawa bermacam macam perasaan suka, duka, marah, dengki, geram, kesal, hina, lapar, kenyang dan segalanya. Kita adalah satu sistem diri yang perlu ditadbirkan oleh diri kita sendiri. Bertambah mencabar pula apabila kita mengharungi sistem organisasi dimana kita bekerja setiap hari, sistem ini pun ada perasaan serta protokolnya. Suasana kerja yang kondusif, bersih, nyaman dan sesuai adalah amat perlu. Hubungan kerja dengan semua penjawat samada orang bawahan dan atasan didalam apa jua keadaan suka dan duka perlu mesra sentiasa, faham memahami dan sentiasa waras.."jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar", "disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga".
"The bos factor" ..jangan ingkar perintah ! Suka atau tidak, jangan mengundang bencana.. Kepimpin sesuatu organisasi adalah tunggak utama dimana "regime" atau arah tujunya hendak dibawa. Seseorang yang dilantik sebagai pemimpin sepatutnya ada ciri ciri terbaik untuk memimpin sesuatu organisasi, dan sesuatu organisasi unggul tidak akan merekodkan sebarang bantahan pun didalam apa jua keputusan dan arahan daripada pemimpinnya.
Banyak lagi isu isu berkaitan undang undang seperti Arahan Perkhidmatan, Pekeliling Pekeliling dan Garis garis panduan yang perlu difahami dan diikuti didalam menjalankan tugas tugas harian, jika ditulis agaknya terlalu panjang.
Teknologi ICT telah menyumbang banyak faedah didalam mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerja, namum kita tidak boleh berbangga dengan banyaknya komputer dan adanya halaman web sahaja. Adalah difahami halaman halaman web kebanyakannya walaupun ada tetapi dah luntur tidak dapat dimanafaatkan kerana tidak mesra penguna, "not up todate" dan kaku.
Hari ini adalah sejarah bagi saya bukan pasal harijadi tetapi kerana saya tekad membuka satu ruang blog untuk kebaikan dan menafaat staff BSGE semua peringkat atasan dan bawahan diatas faktor faktor berikut ;
  1. Kita tidak punya banyak masa, wang dan mengharapkan ruang ruang bermesyuarat, seminar atau majlis majlis khas sahaja bagi mengeluarkan sesuatu isu atau perkara perkara untuk makluman dan perhatian semua.
  2. Tiada had masa bagi pembacaan dan ulasan; staff boleh memikirkan masa yang sesuai untuk mengetahui sesuatu maklumat dipejabat atau dimana saja.
  3. Kita juga boleh memberi ulasan melalui post didalam blog atau email secara terus, tanpa menggangu sesiapa
  4. Mengurangkan kos, mempercepatkan urusan, mempertingkatkan produktiviti dan kualiti hasil kerja.
Saya berharap dengan adanya ruang blog saya ini dapatlah membantu BSGE didalam usaha penambahbaikan kearah membudayakan kecemerlangan produtiviti dan kualiti kerja seterusnya.