Saturday, November 24, 2007

Kerangka Model CPE bagi BSGE

Didalam membentuk model CPE bagi BSGE kita mestilah melihatnya dari perspektif dimana BSGE itu beroperasi. Marilah kita menghayati sedalam dalamnya kerangka (rajah diatas) yang saya fikirkan dan gubalkan ini; saya tulis mengikut "structured form" seperti berikut :
  • Kita semua bekerja secara serumpun dibawah naungan (bumbung) BSGE sebagai organisasi yang mempunyai Persekitaran, hubungan kerja diantara kita serta pelanggan dan mengharungi Cabaran cabaran organisasi kita sendiri.
  • Pemimpin Utama (Kategori 1) akan memimpin Organisasi ini, beliaulah akan menentukan 'regime', halatuju melalui arahan arahan dll dan menjanakan persekitaran kerja BSGE.
  • Dengan bantuan Perancangan Strategi (Kategori 2) dan Fokas Pelanggan (Kategori 3) membentuk "Segitiga Kepimpinan" barulah arah pencapaian matlamat dapat dijalankan.
  • Didalam menjana kerja harian BSGE usaha usaha harus digerakkan melalui "Segitiga Hasil dan keputusan" iadibentuk melalui fokas dayakerja (Kategori 5) dan Pengurusan Proses (Kategori 6). Manakala hasil (Kategori 7) akan menunjukkan pencapaian output samada berkualiti atau sebaliknya.
  • Usaha kearah penambahbaikan mestilah bertapak diatas fakta atau hasil Pengukuran, analisisnya dan berpaksi kepada Ilmu Pengetahuan (Kategori 4).
Semua staff bekerja dibawah bumbung BSGE dan tidak ada pengecualian didalam usaha menambah baik pekerjaan kita. Saya mencadangkan usaha kualiti ini dibahagikan dan dipimpin oleh ketua Unit bagi setiap Kategori kategori seperti didalam rajah... Saya akan menyenaraikan "Pros and Cons" dan mengulasnya seperti berikut :

1.  Kepimpinan (PSGE)

Pengarah dibantu oleh " Ahlinya didalam segitiga kepimpinan".

2.  Perancangan Strategik(Unit Struktur)

Unit Struktur yang dipimpin oleh TP(US), usaha Perancang Strategik sudah lama dimulakan oleh beliau.

3.  Fokas Pelanggan (Unit Geoteknikal)

Unit Geoteknikal diketuai oleh TP(UG), diantara "segitiga kepimpinan" dan TP(UG) adalah lebih sesuai.

4. Pengukuran, Analisis dan Pengurusan Pengetahuan (Unit Empangan)

Unit Empangan diketuai oleh J54, Unit ini sudah lama dan mempunyai kapasiti didalam kategori ini memandangkan terdapat usaha pengukuran, analisis dan memimpin teknologi IT di BSGE.

5.  Dayakerja (Unit Bangunan)

Diketuai oleh KPPK(UB) dan seluruh anggota Unit Bangunan. Sudah mempunyai rekod mengendalikan suasana pejabat yang kondusif, dan menjadi urusetia Pembangunan Sumber Manusia serta latihan.

6. Proses Kerja (Unit Hidrolik)

Diketuai oleh KPPK(Hidrolik) dan seluruh anggota unit Hidrolik. Beliau sudah lama diBSGE dan mempunyai banyak pengalaman berguna didalam proses proses kerja yang amat berguna bagi tujuan ini.

7. Hasil dan Keputusan (Unit Teknologi Bahan Binaan)

  Diketuai oleh KPP(UTBB) dan anggota unit. Beliau akan menjadi urusetia didalam mendapatkan hasil atau keputusan oleh semua kategori.