Wednesday, November 21, 2007

Mind Boggling doQ job.


Kita di BSGE memerlukan satu kerangka Model TQM. Samada dibina baru atau menerima pakai yang terdahulu jika ada. Saya ada meminta rakan rakan yang lama diBSGE memberikan maklumat tapi tiada maklumbalas positif diterima. Dalam mesyuarat terdahulu TP(US) mencadangkan kita merangka TQM Model yang baru saja. Walaupun demikian saya masih mengalukan feedback daripada semua staff terutama yang mengangotai Jawatan Petugas Q terdahulu. Hasil usaha mereka perlu di ambil kira juga memandangkan usaha dan masa sudah dilaburkan. Jika tiada apa nak kita harapkan cuma menyediakan yang baru. Saya juga akan mengambil masa meninjau dan meneliti fail fail yang berkaitan jika ada.
Saya meminta semua staff to " Come and joint the Q" links, terdapat maklumat yang ada kaitan bagi kita belajar dan memahami konsep kualiti dan berusaha memahaminya didalam kita hendak mencapai kecemerlangan dialam usaha menjana kualiti kerja seharian.
Saya merujuk "Baldrige Quality Award" dimana kita akan mengambil rujukan didalam "criteria for performance excellence" didalam merangka model TQM bagi BSGE ini.. bacalah dan ulaslah dan jangan nak tunggu mesyuarat dan seminar yang entah bila ..