Sunday, November 25, 2007

Carta Pengurusan Kualiti- JK Petugas Q bagi BSGE

Hari ni Ahad 25 November, 2007 sudah genap seminggu saya menulis di blog ni sejak saya mulakan pada November 18 hari Ahad lalu. Saya bangga juga didalam waktu singkat saya sudah dapat menyiapkan perkara berikut :
  • Senarai tugas "doQ" desk officer Quality.
  • Membaca dan memikirkan satu Model CPE berdasarkan Baldrige Quality Award untuk BSGE.
  • Menyiapkan Model CPE tersebut untuk diterima dan digunapakai BSGE.
  • Menyiapkan Carta Organisasi Jawatankuasa Petugas Q berdasarkan model tersebut untuk diterima dan digunakan.
Saya memohon sekiranya ada komen atau perkara perkara yang hendak diulaskan, janganlah menunggu saat apabila ianya di terima dan diluluskan.. Janganlah kita membudayakan sikap apabila pentas siap pada masa itulah juga penukul dan pahat berbunyi ! 
Semoga cadangan ini akan terus berjaya dan dapat digerakkan program Q di BSGE dalam masa terdekat jua.