Monday, November 19, 2007

Pelantikan “ Desk Officer ”sebagai Penyelaras Q bagi BSGE.

Melalui blog ini disertakan satu petikan maklumbalas mesyuarat pembangunan BSGE Bil.07/2007 pada 14 Nov, 2007 untuk makluman semua staff :

"KPPK(Ferdaos) telah dilantik sebagai Desk Officer untuk menyelaras semua program Q. Beliau akan menyenaraikan program-program Q yang perlu dilaksanakan mengikut saranan Kerajaan dalam pelaksanaan TQM, menyediakan carta pengurusan dan perlaksanaannya, memantau, mengendalikan mesyuarat dan menyediakan laporan Q untuk Bahagian. KPPK(Ferdaos) terlibat secara langsung dalam menggerakkan KMK dan pastikan pasukan KMK BSGE bergerak lancar.

KPPK(Ferdaos) telah sediakan maklumat/garispanduan Dasar Harta Intelek serta Skop dan Peranan Jawatankuasa Harta Intelek JPS. Berkaitan Prosidur Permohonan Paten perlu dapatkan maklumat terkini daripada SIRIM sebagai agen paten dan dimasukkan dalam maklumat/garispanduan ini.

KPPK(Ferdaos) juga dikehendaki menguruskan permohonan paten produk-produk inovasi JPS."

Diatas arahan tersebut, saya akur dan menerima arahan tersebut dan akan memulakan tugas ini dengan penuh keyakinan bahawa semua peringkat staff akan memberikan kerjasama agar ianya akan mencapai matlamat jua bagi kebaikan dan faedah bersama. Saya mengalu alukan ulasan serta komen awal tuan tuan sebelum saya membuat ulasan secara detail mengenai modus operandi bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ini.