Wednesday, December 5, 2007

Meninjau sedikit kemajuan KMK di BSGE

Terdapat lebih 60 projek KMK sudah dijalankan di seluruh pejabat JPS sejak 1985 lagi, ini semua berlaku di pejabat pejabat lain dan tidak di BSGE.  Memang ada di tubuhkan satu Jawatankuasa Innovasi & KMK pada sekitar bulan April 2005 dengan terdiri daripada beberapa orang ahli dan bermesyuarat cuma 2 kali sahaja namun tidak menampakkan hasil projek dan Jawatankuasa tersebut diam secara tersendirinya hingga PSGE mengarahkan dihidupkan kembali satu kumpulan KMK baru. Pada 31 Julai 2007 satu pasukan KMK ditubuh dengan keanggotaan 11 orang ahli ahli baru yang dipilih mewakili setiap Unit. Dicatitkan senarai kemajuan yang dicapai sehingga hari ini seperti berikut :

" Empat(4) mesyuarat sudah dijalankan pada 17 Julai, 28 Ogos, 12 November dan 3 Disember dengan menamakan Kumpulan K-Pakar, melantik fasilitator, ketua kumpulan, setiausaha dan jurulapor, menerangkan dan  menerima kaedah pekelililing yang berkaitan, Konsep PDCA diterangkan serta sessi brainstorming juga dijalankan bagi mencari topik yang hendak dijadikan projek pertama kumpulan ini. Projek "Charter dan Millestone" juga dirancang"

Laporan pencapaian KMK seperti juga bagi kategori lain didalam model CPE oleh Ahli Ahli Jawatankuasa Petugas Q akan dilaporkan didalam mesyuarat pembangunan dan tindakan BSGE setiap bulan.