Selamat menyambut Aidil Adha - Satu Hari pengorbanan bagi muslimin semua, dan cuti hari ini saya tidak kemana mana dan dengan adanya blog dan streamyx maka mudah bagi saya menulis supaya dapat memproduktifkan masa jika dibiarkan berlalu akan terbuang begitu saja. Tidak ramai diantara kita dapat memikirkan betapa ICT seperti "Online Journal" atau blog ini dapat membantu produktiviti didalam membuat penjelasan dan akhirnya keputusan diluar ruang waktu dan lokasi tanpa kehadiran bertaklimat; ini satu innovasi besar jika dimanafaatkan dan jika diperhalusi dapat meningkatkan hasil, mengurangkan kos dan menjimatkan masa sesuatu organisasi itu. Kadang kadang semua ini dah ada di alam maya tetapi masaalah sikap manusia yang tidak mau proaktif mengambil peluang teknologi sebegini membuatkan kita masih ditakuk lama.. Sikaplah yang membuat kita tidak akan berubah menuju kearah penambahbaikan kualiti kerja kita.
Saya sudah lebih sebulan memulakan ruangan Q diblog ini dan dikhaskan untuk masyarakat BSGE untuk memperhalusinya.. saya ada menghantar e-mail kepada warga bsge dan memohon mereka membaca dan memberikan komen sepatutnya, tiada ulasan yang memberangsangkan dan tiadalah apa yang harus saya perkatakan cuma saya hanya boleh membuat andaian bahawa warga bsge mungkin tidak berminat, ataupun biarkan saja begitu, atau pun tunggu dan lihat atau pun biar saja dibincang didalam mesyuarat bahagian.
Saya sudah menyiapkan satu kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Petugas Qualiti (JPQ) berdasarkan analisis didalam ruangan blog ini selama sebulan sudah. Saya akan membentangkan kertas ini, dan menunggu tarikh mesyuarat yang masih belum ditetapkan hingga kini untuk diperjelaskan kepada semua. Walaupun demikian saya bercadang mengedarkan terlebih dahulu sebelum mesyuarat Kertas Cadangan tersebut kepada sesiapa warga bsge yang "proaktif and initiated". Sila mohon kepada saya melalui email, jika tuan puan berminat.