Thursday, December 6, 2007

Mengerak dan melaporkan program Q kepada doQ

Kita maklum program KMK sudah bermula, program Q anda bagaimana ?

Sebagai doQ saya menjalankan tugas menyelaras semua ini, dan melapurkan disetiap kali mesyuarat tindakan dan pembangunan BSGE.. banyak juga dah saya tulis diblog ini dan ianya maklumat yang amat bermakna bagi mengerakkan program Q anda.. walaupun idea serta pandangan semua warga bsge keatas maklumat ini tidak mendapat "feedback" cuma pujian diterima.. atau mungkin belum mendapat kelulusan atau adakah ini resam kita?

Walaubagaimana pun kepada semua ketua kategori, sila lah sediakan laporan anda mengikut topik diatas kemajuan dan pencapaian Q time tersebut, hantar kepada doQ seperti diminta PSGE untuk dibentangkan didalam setiap mesyuarat nanti. Saya akan mencadangkan satu format yang seragam dan akan kemukakan didalam blog ini secepat mungkin.