Sunday, December 23, 2007

Mendahului dengan langkah pertama


"A journey of a thousand miles begins with a single step"
Lao-Tzu

'Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.'. Ambil lah langkah pertama keatas perkara perkara yang kita cuba jauhi, melenggahkan atau tidak mau pedulikan. Satu langkah permulaan yang kecil jika dimulakan sudah memadai. Kemudian berikan tumpuan dan lihatlah momentum yang akan terbina.
Satu kualiti yang membezakan seorang pemimpin yang baik adalah keatas kecenderungannya kepada tindakan. Beliau tahu semua diantara kita boleh memberikan idea dan berbicara mengenainya tanpa had, tetapi bercakap semata mata tidak memberikan apa apa hasil. Pemimpin yang baik mempunyai matlamat dan beliau mengerakkan matlamat berkenaan.
Apakah idea atau projek projek yang banyak tidak kita laksanakan disebabkan kita tidak mempunyai banyak maklumat? Adakah kita berbicara mengenai projek projek tetapi tidak mengerakkan tindakan melaksanakan disebabkan takut, tidak menentu, atau tidak pasti ? Kadang kadang dah terasa pun penyiapan projek projek berkenaan tetapi tak sanggup meneruskan walaupun dah hampir selangkah dua saja lagi tetapi semangat terlalu lemah dan merasakan banyak tenaga diperlukan dan arah tujunya pun dirasakan amat tidak menentu.