Samada kita memimpin organisasi perniagaan yang menguntungkan atau organisasi yang tidak memberikan keuntungan perniagaan seperti sektor kerajaan, kita mempunyai pelanggan pelanggan, samada dalaman atau luaran. Pelanggan pelanggan inilah yang menyebabkan organisasi itu hidup. Tanpa mereka tiada sebab sebuah organisasi itu perlu wujud. Persoalannya, adakah kita semua bekerja memenuhi kehendak dan keperluan dengan cara pelanggan inginkan kita memberikan khidmat kepada mereka ?
Bagi memastikan kehadiran dan kewujudan kita bersama organisasi, cuba letakkan diri kita sebagai pelanggan pula. Tanya diri kita apakah yang kita perlukan sebagai pengguna hasil produk atau perkhidmatan yang kita keluarkan itu. Secara jujur, adakah kita sudah menghasilkan produk atau perkhidmatan setimpal dengan kehendak dan kemahuan, dan didalam cara yang sepatutnya disampaikan? Jika tidak, pembaikan segera perlu dilakukan. Jika kita hilang fokas keatas pelanggan, Organisasi kita sudah tidak bermakna lagi wujud seperti keperluan asalnya mengapa ia diwujudkan.