Thursday, November 22, 2007

Rather better CPE than TQM Model

Pagi ni TP(US) sampai awal, saya minum bersama beliau dan sempat beliau menanyakan mengenai model TQM dan meminta digerakkan aktiviti Q Time ini. Ok lah memang ditugaskan dan saya cuba menyediakan kerangka model tersebut dan akan membentangkannya untuk keputusan pihak atasan bagi melantik Petugas Petugas Q nanti.
Walaupun konsep Pengurusan Kualiti menyeluruh (TQM) adalah matlamat kita semua, saya lebih mirip mengerakkan CPE supaya lebih realistik. CPE "Criteria for Performance Excellence" Model daripada Baldrige Quality Program ini adalah platform untuk kita ambil sebagai asas model BSGE..Bagi mengerakkan QTime semua staff hendak lah melalui "CPE hours" yang perlu ada...
Didalam citeria ini terdapat tujuh (7) kategori yang perlu ada, dan saya mencadangkan bagi setiap kategori tersebut dilantik seorang pegawai petugas bagi memandu kearah pencapaian matlamatnya. Ini akan membentuk satu JK Pemandu Q bagi BSGE. Disenaraikan cadangan ** model CPE tersebut seperti berikut :
  1. Kepimpinan (Leadership)............PSGE
  2. Perancangan Strategik (Strategik Planning)......TP(US)
  3. Fokas Pelanggan (Customer & Market Focus)....TP(UG)
  4. Pengukuran, Menganalisis, dan Pengurusan Pengetahuan (Measurement, Analysis, and Knowledge Management) ......TP(UE)
  5. Fokas Sumber Tenaga Kerja.(Workforce focus).....KPPK(UB)
  6. Pengurusan Proses (Proses Management)....KPPK(UH)
  7. Keputusan (Results).....KPP(UTBB)

** Adalah cadangan untuk perhatian dan semua ini bergantung diatas persetujuan dan kelulusan nanti.

Wednesday, November 21, 2007

Mind Boggling doQ job.


Kita di BSGE memerlukan satu kerangka Model TQM. Samada dibina baru atau menerima pakai yang terdahulu jika ada. Saya ada meminta rakan rakan yang lama diBSGE memberikan maklumat tapi tiada maklumbalas positif diterima. Dalam mesyuarat terdahulu TP(US) mencadangkan kita merangka TQM Model yang baru saja. Walaupun demikian saya masih mengalukan feedback daripada semua staff terutama yang mengangotai Jawatan Petugas Q terdahulu. Hasil usaha mereka perlu di ambil kira juga memandangkan usaha dan masa sudah dilaburkan. Jika tiada apa nak kita harapkan cuma menyediakan yang baru. Saya juga akan mengambil masa meninjau dan meneliti fail fail yang berkaitan jika ada.
Saya meminta semua staff to " Come and joint the Q" links, terdapat maklumat yang ada kaitan bagi kita belajar dan memahami konsep kualiti dan berusaha memahaminya didalam kita hendak mencapai kecemerlangan dialam usaha menjana kualiti kerja seharian.
Saya merujuk "Baldrige Quality Award" dimana kita akan mengambil rujukan didalam "criteria for performance excellence" didalam merangka model TQM bagi BSGE ini.. bacalah dan ulaslah dan jangan nak tunggu mesyuarat dan seminar yang entah bila ..

Tuesday, November 20, 2007

Tugasan sebagai doQ (desk officer Quality)


Semalam saya mencatatkan mengenai arahan supaya saya menjalankan tugas doQ (desk officer Quality). Mungkin saya layak untuk menghidu dan cepat mengetahui pengerakan dan kelemahan kita semua..tapi ini dah arahan dan saya tetap akur. Petikan semalam tu di tulis sebagai perenggan mesyuarat dan hari ini saya ingin memperincikan ..Let's look it in a "Structured form". Disenaraikan tugas tugas secara berikut:
  1. Menyelaras semua Program Q.
  2. Menyenaraikan semua program-program Q yang perlu mengikut TQM model.
  3. Menyediakan Carta Pengurusan dan Pelaksanaannya.
  4. Memantau melalui mesyuarat dan Laporan Q bahagian.
  5. Mengerakkan program KMK BSGE secara langsung.
  6. Menjalankan tugas Urusetia Harta Intelek JPS Malaysia.

Wah...ada 6; kalau satu perlu 10% masa bagi memenuhi SKT tahunan, maka perlu ada 60% masa keseluruhan SKT. Ini akan dibuat dalam masa 1 bulan sebelum mula 2008 ini.

Bagi mengerakkan program Q, semua lapisan staff BSGE akan terlibat dan dilaksanakan didalam Program "QTime" masing masing. Bagi tujuan tersebut mesyuarat bersetuju bahawa Kalendar Aktiviti QTime ini dirancang dan dipantau jua dan seorang pegawai J41 akan dilantik bagi menyelaras program ini dan beliau yang dilantik akan membantu saya juga. Jika ada pegawai yang berminat bolehlah berhubung dengan saya.


Monday, November 19, 2007

Pelantikan “ Desk Officer ”sebagai Penyelaras Q bagi BSGE.

Melalui blog ini disertakan satu petikan maklumbalas mesyuarat pembangunan BSGE Bil.07/2007 pada 14 Nov, 2007 untuk makluman semua staff :

"KPPK(Ferdaos) telah dilantik sebagai Desk Officer untuk menyelaras semua program Q. Beliau akan menyenaraikan program-program Q yang perlu dilaksanakan mengikut saranan Kerajaan dalam pelaksanaan TQM, menyediakan carta pengurusan dan perlaksanaannya, memantau, mengendalikan mesyuarat dan menyediakan laporan Q untuk Bahagian. KPPK(Ferdaos) terlibat secara langsung dalam menggerakkan KMK dan pastikan pasukan KMK BSGE bergerak lancar.

KPPK(Ferdaos) telah sediakan maklumat/garispanduan Dasar Harta Intelek serta Skop dan Peranan Jawatankuasa Harta Intelek JPS. Berkaitan Prosidur Permohonan Paten perlu dapatkan maklumat terkini daripada SIRIM sebagai agen paten dan dimasukkan dalam maklumat/garispanduan ini.

KPPK(Ferdaos) juga dikehendaki menguruskan permohonan paten produk-produk inovasi JPS."

Diatas arahan tersebut, saya akur dan menerima arahan tersebut dan akan memulakan tugas ini dengan penuh keyakinan bahawa semua peringkat staff akan memberikan kerjasama agar ianya akan mencapai matlamat jua bagi kebaikan dan faedah bersama. Saya mengalu alukan ulasan serta komen awal tuan tuan sebelum saya membuat ulasan secara detail mengenai modus operandi bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan ini.

Sunday, November 18, 2007

November 18 - Hari ini dalam sejarah

November 18 adalah harijadi ku. Bersamaan 50 tahun Malaysia merdeka begitulah umurku sekarang. "Happy Birthday to me". Hari minggu begini adalah masa sedikit merenung segala pencapaian, kekurangan dan kelemahan, biarlah ini semua aku sendiri rasai dan simpan didalam benak sanubari ku. Kita hidup sebagai manusia biasa dengan keluarga, masyarakat dan semua rakan dikeliling kita, lamanya di pejabat selama 8 jam sehari. 
Didalam menjalankan aktiviti harian segala macam urusan hendak disiapkan dengan membawa bermacam macam perasaan suka, duka, marah, dengki, geram, kesal, hina, lapar, kenyang dan segalanya. Kita adalah satu sistem diri yang perlu ditadbirkan oleh diri kita sendiri. Bertambah mencabar pula apabila kita mengharungi sistem organisasi dimana kita bekerja setiap hari, sistem ini pun ada perasaan serta protokolnya. Suasana kerja yang kondusif, bersih, nyaman dan sesuai adalah amat perlu. Hubungan kerja dengan semua penjawat samada orang bawahan dan atasan didalam apa jua keadaan suka dan duka perlu mesra sentiasa, faham memahami dan sentiasa waras.."jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar", "disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga".
"The bos factor" ..jangan ingkar perintah ! Suka atau tidak, jangan mengundang bencana.. Kepimpin sesuatu organisasi adalah tunggak utama dimana "regime" atau arah tujunya hendak dibawa. Seseorang yang dilantik sebagai pemimpin sepatutnya ada ciri ciri terbaik untuk memimpin sesuatu organisasi, dan sesuatu organisasi unggul tidak akan merekodkan sebarang bantahan pun didalam apa jua keputusan dan arahan daripada pemimpinnya.
Banyak lagi isu isu berkaitan undang undang seperti Arahan Perkhidmatan, Pekeliling Pekeliling dan Garis garis panduan yang perlu difahami dan diikuti didalam menjalankan tugas tugas harian, jika ditulis agaknya terlalu panjang.
Teknologi ICT telah menyumbang banyak faedah didalam mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerja, namum kita tidak boleh berbangga dengan banyaknya komputer dan adanya halaman web sahaja. Adalah difahami halaman halaman web kebanyakannya walaupun ada tetapi dah luntur tidak dapat dimanafaatkan kerana tidak mesra penguna, "not up todate" dan kaku.
Hari ini adalah sejarah bagi saya bukan pasal harijadi tetapi kerana saya tekad membuka satu ruang blog untuk kebaikan dan menafaat staff BSGE semua peringkat atasan dan bawahan diatas faktor faktor berikut ;
  1. Kita tidak punya banyak masa, wang dan mengharapkan ruang ruang bermesyuarat, seminar atau majlis majlis khas sahaja bagi mengeluarkan sesuatu isu atau perkara perkara untuk makluman dan perhatian semua.
  2. Tiada had masa bagi pembacaan dan ulasan; staff boleh memikirkan masa yang sesuai untuk mengetahui sesuatu maklumat dipejabat atau dimana saja.
  3. Kita juga boleh memberi ulasan melalui post didalam blog atau email secara terus, tanpa menggangu sesiapa
  4. Mengurangkan kos, mempercepatkan urusan, mempertingkatkan produktiviti dan kualiti hasil kerja.
Saya berharap dengan adanya ruang blog saya ini dapatlah membantu BSGE didalam usaha penambahbaikan kearah membudayakan kecemerlangan produtiviti dan kualiti kerja seterusnya.