Monday, February 18, 2008

Perhimpunan bulan Februari 2008

Pagi ini jam 8.30am, 18 Februari, 2008 berlangsungnya perhimpunan kedua bagi tahun ini, juga kedua buat Dato' KP yang baru. Dicatitkan ringkasan daripada perhimpunan tersebut buat ingatan dan rekod saya, dan anda jika tidak kesempatan hadir. Dua lagu dinyanyikan tanpa koir kerana ramai tiada kerana berkursus induksi. Lagu pertama 'Perkhidmatan Awam' dinyanyikan dengan penuh semangat manakala lagu kedua 'Cemerlang JPS' hanya muzik didendangkan dan tiada suara dikeluarkan oleh setiap ahli perhimpunan...ini kena fikir fikirlah sebabnya. Diantara 'point' dibawah ini yang disenaraikan mengikut ingatan saya..tiada catatan dibuat kerana saya hanya menguji ingatan sendiri, dirumuskan seperti berikut;
  • KP mula dengan ucap selamat tahun baru "Kong Xi Fa Cai" kepada semua warga tionghua, dan memaklumkan dan berterima kasih kepada Y. Bhg. Dato' Ong kerana sudi menyediakan satu jamuan tahun baru utk semua yang hadir pagi ini.
  • KP juga menyampaikan ucapan takziah diatas pemergian seorang isteri kepada pegawai NAHRIM Tuan Hj Ahmad Jamaludin dan bersama semua ahli perhimpunan bertafakkur dan membacakan 'AlFatehah'
  • Beliau menyatakan dua pegawai utama atasan sedang mengikuti kursus JUSA selama empat minggu dan beliau juga akan ke Florida USA seminggu dan menamakan penganti semasa pegawai pegawai berkursus dan semasa ketiadaan beliau nanti. Beliau menamakan Pengarah BTB menanggung TKP1 dan KP manakala Pengarah HTC menanggung tugas Pengarah Sungai.
  • Beliau juga menyatakan perhimpunan bulanan ini satu wadah setiap bulan bagi mengimbas pencapaian sebulan yang lalu dan merenung perancangan bulan akan datang, ianya satu renungan bersama yang perlu disampaikan kepada semua kakitangan.
  • Beliau memaklumkan peranan utama JPS adalah menanggani permasaalahan banjir, ianya sudah menjadi keutamaan utama pihak kerajaan dan ini sudah menjadi keperluan pihak kementerian juga, satu mesyuarat dan sessi penerangan mengenai justifikasi pengisian, tambahan jawatan serta 'Capacity' Jabatan akan dibawa kepada panel dipengerusikan oleh KSU selepas perhimpunan ini.
  • Setiap bahagian mestilah ada satu unit teknikal rekabentuk, sedikit sebanyak membantu setiap pegawai memahirkan kepakaran asas ini sebelum mereka dibenarkan bertukar ke bahagian lain.
  • Hubungan komunikasi melalui "PA System" akan dilaksanakan bagi tujuan komunikasi dalaman diantara bahagian bahagian akan dilaksanakan.