Didalam menjalankan tugas harian, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan rakan sejawat, pegawai bawahan dan atasan. Masing2 membawa peranan dan keadaan perasaan ketika berhubungan. Pentas mesyuarat biasalah tempat semua berhubungan dengan satu agenda dan bermacam macam perkara dibangkitkan, dibincangkan, rumusan dan arahan arahan diberikan. Suasana begini kadangkala menempuh dugaan melawan perasaan dan emosi mendengar hujah dan idea daripada semua ahli ahli mesyuarat yang hadir...diplomasi dan protokol kadangkala lupa dek gangguan emosi didalam bersuara, jika perkara perkara yang baik baik diperkatakan maka cerialah air muka dan jikalau arahan menyentuh tatakelakuan diperkatakan maka jaga lah perasaan sesiapa saja yang akan tertekaan, begitukan keadaan semua orang yang berada didalam mesyuarat2 begini.
Anyone can blame;
It takes a specialist to praise.
Konstantin Stanislavsky
Kadangkala berlaku kesalahan, setiap orang melakukan kesilapan. Apabila berlaku sedemikian, adalah menjadi lumrah untuk kita mencari punca punca sebab disebalik berlaku perkara tersebut. Memang senang mencari kesilapan dan menunjuk kesalahan orang tetapi bagi seorang pemimpin yang efektif tahu akan peluang yang dipelajari dengan produktifnya keatas kesalahan seperti ini.
Daripada membuang tenaga bercakap dengan nada marah keatas sesuatu kesilapan, carilah cara cara yang lebih positif, walaupun berkata mengenai sesuatu keburukan dengan nada lembut, berdiplomasi dan dengan senyuman manis, banyak perkara dapat diselesaikan dengan hati yang sejuk..
Pandanglah kepada perkara perkara yang memuji sumber insan yang mempunyai jiwa dan hati didalam memperbaiki kelemahan kita. "Stay positive and praise freely". Ramai malah semuanya akan bekerja keras and lebih lama dan mempunyai perasaan selamat dan seterusnya akan cekal dalam memperbaiki kelemahan dan kesilapan.