Wednesday, February 13, 2008

Penyelaras Q dan Gendang Kosong

Hasrat bagi mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Petugas Q bagi BSGE sudah dibawa melalui kertas cadangan yang saya buat dan siapkan pada 20 Disember 2007 dahulu pada mesyuarat Pembangunan dan Pengurusan BSGE Bil. 1/2008 hari ini 13 Februari, 2007. Pengerusi Mesyuarat bersetuju namun perlu lebih masa memperjelaskan isi kandungan kertas tersebut kerana keseluruhan ahli kurang faham. Proses memikirkan dan menulis idea penubuhan saya jalankan melalui tulisan didalam blog ini (lihat Blog Archive bulan November dan Disember 2007) dan dibuka kepada semua untuk memberikan idea dan input. Adalah diingatkan bahawa perlantikan penyelaras Q dilantik kerana ramai ahli ahli mesyuarat berdiam diri dan cuba menjauhi bagi dilantik, mungkin tugas sebegini tidak memberikan 'credit' yang baik dan amat leceh untuk dilakukan. Saya lah yang telah dilantik diatas arahan mesyuarat juga mungkin tiada maklumbalas positif dari ahli ahli yang lain. Saya pun seperti juga yang lainnya tidak lah begitu arif tentang bidang kualiti ini dan memerlukan input pembelajaran dan semangat dan bantuan daripada semua ahli ahli mesyuarat. Saya sudah menyediakan kertas cadangan ini dua bulan sudah pada 20 Disember, 2007 melalui blog ini dan sudah meminta semua warga bsge memberikan ulasan dan komen yang sepatutnya melalui email...namun tidak satu pun yang berkata kata apapun bagi mengulas atau memberikan pandangan mereka. Saya berbuat demikian agar ramai diantara warga bsge memberikan pandangan supaya apabila Kertas ini dicadangkan tidak lah seperti ' Apabila rumah siap kita tidak mahu pahat dan penukul berbunyi ', tapi apa yang terjadi sudah pun diduga...apabila dibawa ke mesyuarat maka gendang kosong pun dipalu.... ada je yang tak kena, mereka ini dulu menikus takut dilantik dan cuba mengelakkan diri dari dilantik sebagai penyelas Q.. Entah lah ! Apabila cadangan kertas dikemukakan tiba tiba ada pula ahli yang banyak bercakap dan menjadi 'champion' konon pandangan dia lah yang betul...mungkin dah menjadi budaya orang orang sebegini...ditegur tak boleh diajar mereka lah yang pandai !
Janganlah macam ayam jantan..berkokok je kuat, tapi tengok ekor dia..


"Empty barrels make the most noise"
E.M. Wright

The old saying, " The squeky wheel gets the grease", is a formula for misspending your precious time, energy and effort as a Penyelaras Q. The people in your office who make the most commotion are not always the ones who provide the greatest return on your investment of attention..Deal with the squeky wheels, but be sure to acknowledge the silent champions who sustain you without complaint.