Mungkin kah esok, khamis 17 Mac, 2008 akan di umumkan hasil keputusan dari pihak kerajaan mengenai samada perlunya diteruskan skim penilaian tahap kecekapan PTK yang mana ianya menjadi salah satu daripada tuntutan Cuepacs supaya ianya dihapuskan. Mungkin hampir keseluruhan peringkat pegawai kerajaan yang terlibat, yang tidak dapat manafaat daripadanya bersetuju supaya ianya dihapuskan. Tidak pandai saya menyatakan sebab sebabnya dan kalau saya tulis mengenainya dari sudut pandangan saya maka berat hukumannya nanti, rumusan fikiran dan hati saya ini amat bersetuju sekali agar ianya dijumudkan terus...tunggu je lah pengumuman nya dengan harapan yang optimis, jika keputusannya menghendaki ianya diteruskan, maka...
" Utilize your talents and abilities"
Arthur Dobrin
Walau apa pun sahih dan hebat pemikiran anda (ada Masters atau Ph.D), dan bagaimana hebat pun vissi kita, atau macamana berjayanya kepimpinan anda, disana semestinya ada sesuatu atau sesaorang yang menghayun jawatan anda. Di sana ada ranjau menanti yang akan menghalang dan melakukan dengan apa saja untuk menjatuhkan anda daripada kedudukan sediada.
Berpaut pada kedudukan sediada dan untuk mencapai dahan lebih tinggi dan kukuh memerlukan sekuat daya persaingan dan memasarkan keupayaan. Kita memerlukan ini semua. Kita mungkin tergolong bersama dengan pemimpin pemimpin yang hebat didunia, jika kita tidak diketahui kehebatan dan kompetensi untuk diserlahkan maka hebat semacam manapun, kedudukan kita adalah didalam bahaya.