Semua PK (Pegawai Kerajaan) mungkin merasa lega diatas keperihatinan pihak PM menerima baik lima daripada enam tuntutan Cuepacs baru baru ini. Aku pun macam mereka jua, amat berasa lega, terutama PTK yang aku rasa harus segera digantikan dengan kaedah lebih menyenangkan dan mesra pekerja. Bagi honororium tu tidaklah begitu berat jika tidak dapat pun, kalau ada akan mengocak suasana harga barangan yang tidak menguntungkan sesiapa jua akhirnya. Selepas lega beberapa hari, terlintas dibenak hati ini memikirkan kenapa aku perlu menunggu lagi empat tahun baru boleh dapat peluang naik pangkat? Lanjutan umur dari 56 ke 60 akan membuatkan orang yang patut mengosongkan tempat kerana bersara tidak berbuat demikian kerana dia harus menunggu lagi empat tahun untuk terus berkhidmat...Dalam benak hati aku dan selalu juga aku berdoa agar dia cepatlah bersara kerana dia tidak membawa sebarang kualiti kepimpinan, tidak produktif dan tidak memberikan menafaat langsung kepada perkhidmatan...Dalam benak hati ku yang tidak tau samada betul atau tidaknya kata hati ini, berbisik lagi... Kalau lah satu jawatan utama cepat dikosongkan maka akan memberi peluang kepada tujuh lagi orang muda dinaikkan pangkatnya dengan semangat dan idea baru bagi merubah keadaan kepada yang baik sekarang ke tahap yang lebih baik, bukan pasal dia harus terus bertugas kerana terasa selesa dan ada masa untuk menabung untuk masa depan dia.. Dia kena berkorban, harus pergi pada umur 56 juga jangan ditangguh hingga ke 60.. Sistem perlu di ubah dan nafas baru perlu diberikan segera...didalam sistem perkhidmatan yang aku anuti ini adalah tertutup tidak macam sistem gunasama yang terbuka dimana peluang mereka adalah luas..didalam keadaan sekarang pun dah ada yang memohon "option" bersara awal kerana lambat menunggu peluang naik pangkat, kalaulah peluang itu dilewatkan lagi selama 4 tahun sampai umur 60 maka, akan ramailah agaknya bangkai bernyawa dipejabat kerana semua nak "option" ...maka bukannya hak kita kalau semua tak diluluskan.... Entahlah jiwa aku ni, memberontak je...
" It is not necessary to change,
Survival is not mandatory "
W. Edwards Deming
Masa yang amat payah bagi merubah keadaan adalah apabila dah sampai dikemuncak timbunannya.
Apabila perkara lazimnya selama ini berjalan dengan baik maka ia nya amat payah dipujuk kerana keselamatan dan kedudukannya tergugat dan berisiko tinggi. Tetapi mengharuskan tunggul dan kayu mati didalam dunia yang mencabar dan sentiasa berubah dalam sekelip mata memerlukan juga perubahan setimpal dan segera jua. Kita perlu melawan keadaan selesa dan puashati. Budaya harus dicanang dan dipraktikkan dimana kita semua menghayati dan menghendaki perubahan itu, bukan untuk duduk di tempat empuk sambil lena dibuai mimpi.