Pagi ini jam 8.30am, 19 Mac, 2008 berlangsungnya perhimpunan ketiga bagi tahun ini, cuaca amat baik dan redup. Pentas hadapan diisi oleh Y.Bhg. Dato' KP, Y.Bhg. Dato' Ong Siew Heng dan Ir. KJ Abraham. Majlis didendangkan dengan kumpulan koir ibupejabat dengan dua nyanyian lagu 'Negara Ku' dan 'Perkhidmatan Awam' sahaja, tidak tahu sebab kenapa kali ini lagu 'Cemerlang JPS' tidak dinyanyikan. Tahniah kepada Ir. Hj Zul Mohamad wewakili BSGE membaca doa majlis dengan nada yang bersemangat. Sekali lagi saya meneruskan usaha merekodkan hasil luahan dan harapan Dato' KP tu kerana hanya dengan blog ini saja sesiapa saja boleh membacanya, merenung dan mengimbas kembali apabila perlu, diantaranya adalah :
- KP menarik perhatian mengenai keadaan hujan kelmarin di beberapa tempat di Subang, Shah Alam yang beliau rasai keamatan yang begitu tinggi dan mengakibatkan berlakunya banjir jika tempuhnya berlanjutan. Fenomena perubahan cuaca yang tidak menentu dan ketara boleh menyebabkan kejadian banjir berlaku tanpa musim dan ini memperlihatkan peri perlunya Jabatan sentiasa cergas melaksanakan program mengatasi banjir yang amat diperlukan.
- Beliau juga menyatakan tanggungjawab tugas tebatan banjir adalah masih relevan dan harapan pihak Kementerian dan rakyat begitu tinggi keatas permasaalahan ini dan Jabatan perlu amat proaktif dan segera dalam menjalankan tugas tersebut. Beliau menyatakan kejadian banjir 2006 dan 2007 terutamanya di Johor sudah ada peruntukkan tapi masih lembab dilaksanakan oleh Jabatan, perkara ini perlukan penekanan yang amat serius dan gerakan perlu segera di jalankan.
- Oleh itu, penekalan program banjir adalah utama dan beliau telah mengorak langkah menstrukturkan tugas tugas ini dan memberi notis awal akan perubahan beberapa keperluan penting rancangan ini termasuk menempatkan dengan menukarkan secara pentadbiran pegawai pegawai dimana perlu didalam usaha memperkemaskan dan mengerakakan keutamaaan program tebatan banjir ini. Beliau mengingatkan kepada pegawai pegawai supaya menerima tanggungjawab tersebut jika diarahkan bertukar demi perkhidmatan awam dan surat pertukaran adalah didalam proses.
- Y.Bhg. Dato' KP memaklumkan keputusan perlantikan Menteri Baru bagi Kementerian iaitu Y.B Datuk Douglas Unggah Embas dan Timbalan nya Y.B. Datuk Seri Abdul Gapur Salleh dimana kita disarankan akan memberikan kerjasama terbaik keatas kerajaan yang memerintah kali ini.
- Tidak lupa juga beliau mengucapkan selamat berjaya kepada Y.B. Datuk Seri Azmi Khalid yang tidak lagi bersama kita kali ini dan menyifatkan beliau sebagai Menteri yang teliti dan amat tegas didalam menjalankan tugas tugasnya yang memerlukan komitmen sepenuhnya daripada semua yang terlibat.
- Y.Bhg. Dato' KP mengumumkan penerimaan kelulusan keatas Perlantikan TKP(Operasi) oleh Ir. KJ Abraham dan Pengarah Sungai & Pantai oleh Y.Bhg. Dato' S.H. Ong bermula dari 1 April 2008 dan mengucapkan tahniah. Namun Jawatan TKP(Pembangunan) masih belum diterima lagi. Bagi jawatan jawatan lain JUSA, J54, J48 dll sudah lama dihantar dan kemungkinan jawapannya juga akan diperolehi tidak lama lagi.
- Y.Bhg. Dato' KP memaklumkan kepada semua pegawai pegawai yang mempunyai ijazah kejuruteraan tetapi masih tidak diserapkan ke jawatan Jurutera hendaklah melapurkan status mereka dan mendaftar segera untuk ditemuduga melalui Pengarah Khidmat Pengurusan.
- Keperluan Fail Meja bagi setiap pegawai hendaklah sentiasa ada, perkara ini sudah menjadi dasar kerajaan yang ada didalam pekeliling, beliau meminta supaya setiap pegawai sudah mempunyainya dan meminta Pengarah Kualiti dan Audit Prestasi mengerakkan pengauditan diatas perkara ini jua.