Thursday, March 13, 2008

Kegagalan adalah Kejayaan

" Sucess is 99 percent failure"
Soichiro Honda

Failure is success if we learn from it.



Berapa banyak tenaga dan sumber sudah dileburkan didalam mengelakkan kegagalan? Tiada siapa pun yang gemarkan pembaziran. Ego meluap. Kekeciwaan dan kehampaan membawa kekesalan yang tidak terhingga. Tetapi kita seharusnya memberhentikan pembaziran sumber tenaga ini dengan melihat bahawa kegagalan adalah satu peluang yang dapat kita pelajari. Gunakan kegagalan itu sebagai batu loncatan kearah memenuhi puncak matlamat akhirnya. Buat penilaian keatas apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai kemenangan selepas itu. Kaji keperluan dan penuhi kemahiran baru untuk mencapainya. Apa nak dirisaukan jika membuat kesilapan, betapa banyak sekalipun, akhirnya kita akan meraikan kejayaan jua.