" When you blame others, you give up your power to change "
Begini lah lazimnya bila kita bukan nya bos.. Alangkah baiknya kalau aku ni bos, apa saja aku buat semuanya betul.. Orang bawahan mesti faham semua arahan aku mereka mesti akur, mesti dituruti demi jawatan, pangkat dan rezeki. Jangan membantah dan merungut nanti terbang periok nasi. Jika aku bos tentulah aku hendakkan orang bawahan aku hormat, patuh, terima dan laksanakan apa saja tugas tanpa sebarang alasan.
Tapi aku bukan bos, tapi aku layak menjadi bos berdasarkan pengalaman kerja yang begitu lama, dah lali dengan regim pengurusan dan tahu selok belok pengurusan, namun peluang menduduki pangkat tinggi masih belum ada rezeki lagi. Dari segi ilmu dan kemahiran memang dah lama punyai "Master of Science in Civil Engineering"; "Post Graduate Diploma in System Analisis"; "Diploma of the Asian Institute of Technology dalam bidang Pengurusan Sumber Air" dah lebih daripada cukupnya ilmu untuk menjadi bos..... tapi.... aku memang menjauhi sifat dan Perasaan Hasad Dengki (Ph.D) biarlah tidak ada itu lagi baik... kalau ada pun bak kata orang nanti.."Intelligent Idiot" biarlah tak ada apa pun; sepatutnya lulus kan PTK lebih utama kerana itu lah yang diiktiraf untuk naik pangkat lain lainnya hapak dan mensia sia kan sumber waktu, tenaga dan wang ringgit.