Saturday, January 19, 2008

Jasamu diKenang Jua


Pada 13 Januari 2008 warga JPS meraikan satu majlis makan malam "Jasamu diKenang" di Hotel Legend Kuala Lumpur untuk mantan Ketua Pengarah yang bersara pada 15 Disember 2007 tahun lalu. Semua warga menghargai kedatangan beliau dengan ucapan dan stail dia yang tersendiri. Hanya lah dirakamkan diblog ini hari bersejarah tersebut untuk ingatan keatas seorang ketua Jabatan yang amat berjasa membawa kepimpinan yang 'Excellent, Humble dan Dedicated'...motto korporat "Kualiti, Integriti dan Prihatin" adalah sinonim dengan diri beliau. Cuma satu yang tertarik untuk direkod disini sepanjang ucapan beliau yang penuh erti iaitu...diantaranya bermaksud bahawa dengan persaraan satu jawatan tertinggi akan memboleh kan peluang kepada tujuh orang bawahan untuk merasai kenaikan pangkat. Selamat bersara dan maju jaya jua kepada beliau.

Kenangan bersama Y.Bhg Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah semasa menghadiri the 14th Regional Steering Commitee Meeting IHP for SouthEast Asia and the Pacific pada 14 - 20 October 2006 
di Grand Ayudthaya Hotel, Bangkok, Thailand.

Friday, January 18, 2008

Menginstitusi perkhidmatan awam

Penjawat awam diminta laksana sesuatu dengan penuh yakin: Mohd Sidek

SEKTOR perkhidmatan awam kini dalam proses melangkaui definisi dan menunaikan janji kerajaan ke arah mewujudkan satu perkhidmatan cemerlang berteraskan pelanggan. Enam tugas utama disasarkan untuk tujuan itu tahun ini. Berikut sedutan taklimat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada pengarang media berhubung Komitmen Perkhidmatan Awam 2008 di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin. 


MATLAMAT utama perkhidmatan awam tahun ini adalah untuk menginstitusikan satu perkhidmatan berkualiti dalam masa singkat di semua 28 kementerian, lebih 720 agensi dan 144 pihak berkuasa tempatan (PBT) di 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Secara intipatinya, moto perkhidmatan awam adalah 'Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian '(No Wrong Door Policy). Penekanan dan fokus serta usaha pada 2008 akan berasaskan kepada kejayaan yang dicapai perkhidmatan awam tahun lalu. Komitmen perkhidmatan awam 2008 ini akan didukung oleh inisiatif berikut:

Tugas Pertama: Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Kajian Semula

Untuk mengekalkan budaya berprestasi, akauntabiliti dan ketelusan, tahap penyampaian perkhidmatan awam akan diukur dan dikaitkan kepada indeks prestasi yang diterbitkan dan diaudit secara berkala. Ini termasuk, mengkaji semula dan memperkasakan keupayaan perancangan strategik agensi dalam penyampaian perkhidmatan dan output kepada orang awam dan sektor swasta. Kami akan: 

Melaksanakan piawaian penyampaian perkhidmatan di semua kementerian dan PBT menerusi pengukuran Petunjuk Utama Prestasi (KPI); 

Memantau dan menguatkuasa piawaian penyampaian perkhidmatan menerusi forum sedia ada pada peringkat persekutuan, negeri, daerah dan kerajaan tempatan. Ia termasuk, maklum balas yang dipantau secara terus oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara, di samping pemeriksaan rapi ke atas tahap pematuhan bagi bidang kritikal, serta penggredan agensi oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

Menanda aras dan mempromosi amalan penyampaian perkhidmatan terbaik di kalangan agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang dijanjikan pelanggan.

Tugas Kedua: Mengupayakan anggota perkhidmatan awam dengan sikap betul dan berkemahiran.

Persepsi tradisional bahawa perkhidmatan awam adalah bidang pekerjaan yang berisiko rendah dan ganjaran rendah (low risk-low reward) seharusnya disangkal dalam keadaan daya saing global yang pesat serta keperluan meningkatkan daya saing negara.

Sehubungan itu, pengukuran Indikator Prestasi dan Audit akan dilaksanakan bagi memastikan prestasi berterusan dan tahap disiplin yang tinggi. Disiplin dalam konteks bermaksud akur kepada etika kerja, parameter perundangan dan konsistensi dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang disampaikan.
Ia memerlukan pematuhan, merangkumi keseluruhan perkhidmatan awam, dalam mengambil tindakan disiplin yang segera dan menepati masa khasnya, ke atas kakitangan yang melanggar etika kerja, peraturan dan undang-undang.
Tumpuan utama adalah dalam melaksanakan program bagi: 

Menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam perkhidmatan awam tanpa mengira bangsa, jantina dan kepercayaan; 

Mempelbagai penyertaan etnik dalam perkhidmatan awam menerusi proses pengambilan dan program pembangunan kerjaya; dan 

Memastikan kepemimpinan terbaik diberikan perhatian dan ditempatkan ke jawatan yang membolehkan mereka untuk melakukan perubahan positif dan efektif.

Tugas Ketiga: Menambahbaik penyampaian di bahagian hadapan (Frontline Delivery).
Fokus penyampaian bahagian hadapan merangkumi PBT, Pejabat Tanah dan agensi yang aktif berinteraksi dengan pihak awam seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kastam dan agensi penguatkuasaan.
Prestasi melebihi jangkaan dalam bidang pelajaran, pembangunan modal insan, sekuriti dan perkhidmatan kesihatan. Walaupun penyampaian dalam bidang ini sudah diperakukan pihak awam, perkhidmatan awam harus terus memberikan tahap penyampaian yang cemerlang dari segi minda dan tindakan.
Yang Dipertua PBT akan diberikan latihan untuk mengukuhkan kompetensi mereka dalam perundingan dan konsultasi dengan pihak berkepentingan. Mereka tidak seharusnya hanya memberi arahan dan perintah saja.
Kita akan meletakkan kepemimpinan yang berkesan bagi membolehkan PBT untuk memudah cara kajian semula peraturan dan undang-undang, berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak berkepentingan dan mempunyai sikap yang lebih terbuka terhadap pandangan pihak awam.
Dengan cara ini, kita akan dapat mengurangkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang awam.
Dasar 'No Wrong Door Policy' akan dilaksanakan di semua kementerian, agensi dan PBT.
Kita juga akan memastikan perkhidmatan yang cepat dan efektif menerusi proses yang direkayasa, prosedur yang diselaras dan penggunaan sistem ICT dan aplikasi secara lebih efektif, terutama di bidang berikut: 

e-Tanah – dalam proses pelaksanaan projek perintis di Pulau Pinang bagi memudahkan transaksi berkaitan tanah; 

e-Consent – sudah digunakan di beberapa negeri. Sistem ini akan mempercepatkan aplikasi untuk mendapatkan keizinan untuk perpindahan milik dan sewaan tanah; dan 

e-PBT – memberi sokongan kepada operasi Pusat Setempat di PBT menerusi penyerahan (e-Submission), aduan (e-Complaints) dan perisian pengurusan hasil.

Tugas Keempat: Perkhidmatan berkualiti menerusi penggunaan teknologi informasi dan komunikasi (ICT).

Ini kunci kepada perkhidmatan yang menyeluruh, terutama dalam memberikan reaksi yang efektif kepada pelanggan terhadap permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat. Sehubungan itu, penggunaan ICT ini akan diperluaskan secara 'online' dan juga menerusi pembangunan infrastruktur.
Inisiatif utama terhadap tugas ini meliputi:

BLESS (Business Licensing Electronic Support System) – Portal setempat untuk aplikasi lesen perniagaan agar pelanggan tidak lagi perlu hadir secara fizikal di agensi berkaitan;

e-Payments – Akan diperluaskan meliputi transaksi kerajaan melalui perbankan internet dan pembayaran menggunakan kad kredit;

e-Perolehan – Memudahkan proses perolehan dan seterusnya pembayaran kepada kontraktor;

e-Khidmat – Memudahkan pembayaran saman, aplikasi lesen pemandu, bil dan caj taksiran, pertanyaan ke atas status 'insolvency' dan penutupan perniagaan melalui perkhidmatan 'online';

Government SMS Gateway – Menyediakan perkhidmatan meliputi aspek pembayaran dan pertanyaan serta pemberian informasi ke atas kelulusan dan nota peringatan;

e-Lodgement – Memudahkan pendaftaran syarikat dan perniagaan;

e-Kadaster – Mempercepatkan pengeluaran hak milik tetap dan strata;

999 'Satu Negara, Satu Nombor' – Mewujudkan sistem satu nombor bagi semua jenis perkhidmatan kecemasan;

'National Broadband' – Inisiatif ini akan menyediakan infrastruktur bersesuaian bagi menyokong perkhidmatan kepada orang awam dan perniagaan; dan

'National Single Window' – Inisiatif ini akan membolehkan penyerahan dokumen untuk eksport dan import secara lancar.

Tugas Kelima: Usaha ke arah pembasmian kemiskinan:

Di dalam RMK-9, satu daripada komitmen utama kerajaan adalah memastikan pembasmian kemiskinan tegar dan mengurangkan separuh kemiskinan keseluruhan menjelang 2010 dan pada masa sama, mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan menjadi separuh daripada kadar semasa. Usaha ini akan dilaksanakan menerusi program dan inisiatif meliputi pemberian geran sokongan, program latihan dan kaunseling dan perancangan kerjaya.

Kerajaan juga membangunkan program e-Kaseh yang akan memantau kemajuan inisiatif dan program pembasmian kemiskinan yang sedang dilaksanakan. Kerajaan juga akan senantiasa memaklumkan orang ramai mengenai kemajuan program yang dilaksanakan bagi memastikan bahawa objektif disasarkan dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.

Tugas Keenam: Memupuk satu perkongsian efektif dengan pihak berkepentingan:

Sektor swasta adalah rakan kongsi yang efektif seperti yang ditunjukkan oleh pembabitan mereka di dalam Jawatankuasa Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).
Mereka bersama-sama sektor awam memperkenalkan langkah bertujuan mempertingkatkan serta memudahkan tatacara menjalankan perniagaan di Malaysia. Selain daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh PEMUDAH pada 7 Februari tahun lalu, momentum penambahbaikan akan diteruskan tahun ini.
PEMUDAH amat komited untuk meletakkan Malaysia di kalangan 10 negara terbaik di dalam 'World Bank Doing Business Index' berbanding kedudukan semasa iaitu di tangga ke-24. Hasrat ini diharap dapat dicapai dalam masa singkat penambahbaikan berterusan dalam semua aspek persekitaran operasi perniagaan.
Perkhidmatan Awam Malaysia sentiasa menggalakkan semua penjawatnya memiliki sifat sentiasa ingin mendengar apa saja permasalahan dan juga cadangan daripada orang ramai. Sikap 'saya tahu apa yang terbaik untuk anda' haruslah dikikis dan digantikan dengan pendekatan di mana perkhidmatan awam perlu lebih peka terhadap kehendak masyarakat. Amalan tradisi yang mana menekankan pihak kerajaan sebagai pengawal dan swasta sebagai yang dikawal perlu diubah kepada kerjasama erat dan berterusan.
Pembabitan aktif semua pihak berkepentingan di kalangan perkhidmatan awam, sektor swasta, masyarakat sivil dan setiap warga Malaysia akan dapat memastikan kejituan matlamat dan perkongsian hala tuju semua pihak dalam menghadapi cabaran mendatang.
Tahun ini, kita akan menyaksikan usaha berterusan ke arah mewujudkan satu perkhidmatan awam yang lebih telus. Ia memerlukan kerjasama semua pihak. Kerajaan berharap pembabitan proaktif pihak awam untuk memupuk budaya kerjasama dalam proses membuat keputusan. Dengan demikian, akan wujud rasa simpati antara perkhidmatan awam dan orang ramai.
Kerajaan akan menubuhkan satu panel audit menggabungkan sektor awam dan sektor swasta untuk mewujudkan mekanisme pengawalan yang saksama bagi mengelakkan kesalahan tidak disengajakan.
Komitmen utama kerajaan adalah mewujudkan budaya perkhidmatan yang memfokuskan pelanggan berdasarkan ciri berikut iaitu kebolehpercayaan dan kebolehjangkaan, responsif, menepati masa, berbudi bahasa dan cekap dan persekitaran mesra pelanggan.
Kita akan menyemak semula proses dan parameter yang digunakan untuk mengukur prestasi penjawat perkhidmatan awam. Kajian yang lebih tepat dan berkesan akan dilaksanakan untuk memudahkan perancangan, pelaksanaan, pengawasan dan penyemakan semula.
Perkhidmatan awam adalah komited untuk memaklumkan kepada orang awam dan pelanggan mengenai kemajuan yang dicapai. Keutamaan diberikan kepada dialog, maklum balas dan perundingan.
Ketua Jabatan akan menggunakan media secara berterusan bagi menyatakan secara telus pembaharuan dan penambahbaikan yang dilaksanakan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.
Pegawai kerajaan perlu memenuhi program penurunan kuasa berdasarkan analisis keperluan bagi memastikan pegawai yang mempunyai kemahiran tertentu ditempatkan di tempat bersesuaian dalam perkhidmatan awam.
Sudah pasti ada pihak meragui pendekatan diambil ini. Bagaimanapun, salah satu ciri kecemerlangan ialah melaksanakan sesuatu dengan penuh yakin bahawa kita akan berjaya sekiranya kita benar-benar percaya bahawa kita memiliki keupayaan untuk melaksanakannya.
Pada masa ini, perkhidmatan awam Malaysia terdiri daripada 1.2 juta orang, iaitu nisbah 26 warga negara untuk setiap penjawat awam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk memastikan aset negara ini dapat digerakkan secara berkesan bagi mengekalkan kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara.
Negara mengharapkan dan menuntut penyediaan perkhidmatan awam yang cemerlang untuk kebaikan semua dan kita sewajarnya menyahut cabaran ini bersama-sama. Kewujudan kita untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Sehubungan itu, kita sewajarnya memastikan tahap perkhidmatan kita memenuhi harapan pelanggan. Bagi kita dalam perkhidmatan awam, matlamat utama adalah untuk menunaikan janji kita kepada rakyat dan negara.


Cetak artikel  |  Hantar pada kawan

Thursday, January 17, 2008

Khamis Hari Batik.

Wajib batik Malaysia.

Kalau dulunya sebulan dua kali tetapi mulai sekarang empat kali sebulan kakitangan awam wajib pakai baju batik bila ke pejabat.

Harinya Khamis dan baju batiknya mestilah buatan Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberitahu para wartawan mengenai peraturan baru ini selepas merasmikan Seminar Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Inisiatif Baru Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan di Putrajaya Selasa.

Beliau berkata pekeliling kerajaan untuk penguatkuasaan peraturan itu telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan akan dihantar ke semua jabatan kerajaan secepat mungkin.
Sebelum peraturan baru itu, kakitangan awam lelaki dikehendaki memakai baju batik hanya pada 1 haribulan dan 15 haribulan pada setiap bulan.
"Sebelum ini, ia hanya pada hari Sabtu, pada ketika itu mudah untuk diingat. Tetapi oleh kerana ia diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan setiap bulan, orang mudah lupa. Kita akan kembali semula kepada sistem lama...yang lebih mudah untuk diingat.

"Kita hanya benarkan pengunaan baju batik Malaysia dan bukan yang lainnya," katanya.

Lagi langkah tingkat kualiti khidmat awam

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan satu lagi inisiatif menambah baik mutu perkhidmatan sektor awam dalam usaha meningkatkan lagi sistem penyampaian serta memastikan kejayaan Misi Nasional menerusi keberkesanan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). 

Bertemakan 'Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian, Tiada Pintu Salah (No Wrong Door)', inisiatif yang diumumkan semalam itu akan menginstitusikan mutu perkhidmatan yang konsisten bagi semua 28 kementerian, lebih 720 agensi dan 144 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata menerusi inisiatif baru itu, kerajaan berikrar untuk terus berusaha meningkatkan mutu khidmat yang diberikan sektor awam kepada rakyat sepanjang 2008.

Ia juga sebagai kesinambungan kepada inisiatif tahun lalu yang memberi fokus kepada penilaian semula sistem pengurusan dalam sektor awam selaras usaha menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada rakyat.

Beliau berkata, dasar 'Tiada Pintu Salah', iaitu melayan keperluan pelanggan walaupun sesuatu perkara itu sepatutnya diajukan kepada pihak lain, akan turut dilaksanakan di semua kementerian, agensi serta PBT.

"Secara inti patinya, kami ingin berasa bangga dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya pada sesi taklimat media, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Inisiatif yang akan dilaksanakan itu terbahagi kepada enam tugasan.

Sidek berkata, menerusi inisiatif baru itu, tahap penyampaian perkhidmatan awam akan diukur dengan indeks prestasi yang diterbit dan diaudit secara berkala bagi mengekalkan budaya berprestasi, akauntabiliti serta ketelusan.

Prestasi perkhidmatan semua kementerian dan PBT akan diukur dengan Petunjuk Utama Prestasi (KPI) manakala tahap pematuhan piawaian perkhidmatan awam pula dipantau terus oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

"Penggredan agensi kerajaan pula akan dilakukan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu)," katanya.

Beliau berkata, pengukuran petunjuk prestasi dan audit terhadap kakitangan perkhidmatan awam akan dilaksanakan bagi memastikan prestasi berterusan dan tahap disiplin tinggi.

Tumpuan utama akan diberikan kepada program menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam perkhidmatan awam tanpa mengira bangsa, jantina dan kepercayaan serta mempelbagaikan penyertaan etnik melalui proses pengambilan dan pembangunan kerjaya.

"Kita juga akan memastikan kepimpinan terbaik diberikan perhatian dan ditempatkan di jawatan yang membolehkan mereka melakukan perubahan positif secara efektif," katanya.

Sidek berkata, usaha menambah baik mutu penyampaian di bahagian hadapan akan ditingkatkan dengan tumpuan kepada PBT, pejabat tanah dan agensi yang banyak berinteraksi dengan orang ramai seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Katanya, semua Yang Dipertua PBT akan diberikan latihan bagi mengukuhkan kemampuan perundingan serta perbincangan dengan pihak berkepentingan.

"Kita akan meletakkan kepimpinan berkesan bagi membolehkan PBT memudah cara kajian semula peraturan dan undang-undang, berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak berkepentingan serta memiliki sikap terbuka terhadap pandangan awam.

"Dengan cara ini, kita akan dapat mengurangkan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam," katanya.

Sidek berkata, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga akan dipertingkatkan menerusi saluran penyampaian dalam talian seperti sistem BLESS, e-Pembayaran, e-Perolehan, e-Khidmat, Gerbang SMS Kerajaan, e-Lodgement, e-Kadaster, 999 'Satu Negara, Satu Nombor', Jalur Lebar Kebangsaan dan Jendela Tunggal Kebangsaan.

"Hari ini kita boleh memperbaharui lesen memandu secara dalam talian pada bila-bila masa saja tetapi masih ramai yang tidak mengetahuinya," katanya memberi contoh kemajuan yang sudah dicapai perkhidmatan awam. 

Oleh Wan Hazmir Bakar (Berita Harian 17 Januari 2008)

Wednesday, January 9, 2008

Tanya salah tak tanya pun salah

" There is no answer,
There never was an answer,
There never will be an answer,
That's the answer "
Gertrude Stein

Untuk hidup dan cari makan sebagai individu atau pun sebagai organisasi sekalipun, kadangkala, cara terbaik kita patut lakukan ialah buat tak peduli dan membiarkan apa pun kita tahu itu berlalu.
Kita banyak menghabiskan kehidupan kita dengan mencari jawapan. Sentiasa mencari jawapan atas apa pun perkara yang hendak kita selesaikan tetapi akhirnya hampa juga. Kita sedar keputusan yang hendak dicari itu tidak mudah kadangkala tiada jawapannya. Kita akur bukan mudah menjawab soalan soalan yang mencabar dan begitu kompleks seperti merangka bagaimana hendak menjadi pemimpin yang hebat, misalnya. Tidak ada formula yang jelas dan tidak ada kepastian yang nyata. Katakan, walau apapun masaalah yang mana kita sedang mencarikan jawapannya, apabila ada penyelesaian yang kita temui, perubahan sentiasa berlaku dan jawapan mungkin dah tidak relevan lagi.. Tapi jika kita tidak menyoal dan mencari jawapannya, kita pulak akan ketinggalan zaman dan dunggu akhirnya.

Sunday, January 6, 2008

Perlukah perubahan?


" The more things change,
the more they remain the same "
French Proverb

Perubahan adakala meluas, tidak memilih bulu dan tidak bermusim. Tidak perlu meramal masa hadapan walau apa pun berubah, naluri keperluan asas kemanusiaan adalah sama. Kita sentiasa memerlukan tempat perlindungan, keselamatan, kasih sayang, dan martabat serta maruah diri kita.
Kita boleh bantu mereka menerima serta menyesuaikan diri kepada perubahan dengan mencari cara bagi menyakinkan keperluan asas mereka dipenuhi. Kita tidak boleh menjanjikan mereka yang kita pimpin mendapatkan kerja yang berterusan, tetapi kita boleh bantu mereka berasa selamat dengan sentiasa memberikan peluang untuk mempelajari cara dan ilmu. Kita boleh membantu memperkayakan nilai atau harga diri dengan mengadakan visi serta missi bagi membolehkan dunia ini dijadikan tempat yang lebih baik untuk bekerja. Kita boleh membentuk satu suasana persekitaran yang menilai harga diri, menghormati dan memertabatkan generasi tanpa kasta.

Mencari Jaguh perubahan

" Never doubt that a small group of thoughtful,
commited citizens can change the world,
indeed, it is the only thing that ever has "
Margaret Mead


Bersabar, tabah dan berfikiran positiflah didalam menghadapi perubahan yang sebegini. Dah setahun bertugas diUnit, masih belajar memahami cara, resam dan budaya masyarakat warga kerja BSGE. Hampir 8 bulan merengkuk dalam perpustakaan di Ampang tiada ruang tempat yang sebaik hari ini..syukur ada perubahan fizikal sedikit namun masih terdapat kelemahan tidak perlu dinyatakan, bagaimana pula status quo perjawatan yang tidak "confirm" lagi ni, adakah kita pegawai kelas tiga selepas JKR kelas dua dan PTD kelas satu.. Geram juga bila ingatkan rakan sekelas dan sama sama memulakan tugas dah 3 tahun Gred 54 dan ada pula yang JUSA..kita masih ditakuk lama tiada perubahan..bagaimana nak melonjak kearah "worldclass" sedangkan rumah yang dibina JPS kelas 3 jauh lebih rendah daripada JKR..adakah ilmu kejuruteraan yang dipelajari oleh mereka lebih tepat dari apa yang kita pelajari atau mereka je lah modal insan yang terbaik... Ini lah perkara yang mendukacitakan hati nurani kita semua dan ia terpendam dilubuk sanubari semua yang menerima azab perkara ini..nak diluahkan mati emak dan ditelan mati bapak, maka senyum saja lah didalam kepura puraan dan menangung hiba sentiasa, nak berkata kata nanti periuk nasi dan belangga kering kontang langsung gelap masa depan.
Lemah betul semangat kita..menempuh cabaran begini pun tak mampu, tetapi jika asas perjuangan adalah kebenaran yang nyata 'justified' kita mesti teruskannya. Kita mungkin terasa tersisih, walaubagaimana pun, tenaga yang dijanakan didalam usaha merobah keadaan ketahap yang lebih baik nilainya adalah satu simpanan tenaga yang hendak digunakan kepada kebaikan jua.. Salahkah kita ? 

Thursday, January 3, 2008

Lagi pemimpin pergi


" Experience is not what happens to you,
It's what you do with what happens to you "
Aldous Huxley


" Mistakes are a fact of life,
It is the response to error that counts "
Nikki Giovanni



Kehidupan ada kala terang dan adakalanya gelap. Macamana payahnya kita berbakti untuk kebaikan, keburukkan menjelma juga. Hidup ini bagai roda yang berpusing dengan keindahan dan kegembiraan tetapi jangan lupa kekeciwaan yang menunggu. Kita tiada upaya menghalang perkara yang tidak diingini berlaku dan hanya mengharapkan yang baik sahaja. Tindakan yang bijak bagi mengawal keadaan yang akan menyakitkan kita adalah reaksi kita membuat keputusan bagi meredakan keadaan. Kita punya pilihan bagi menghadapi keadaan sukar. Kita boleh melalak kesakitan, atau memilih menyelesaikannya dan belajar daripadanya. Hidup ini menghidangkan kebaikan dan keburukkan. Bersuka dimasa gembira. Ambil pengajaran sepenuhnya dari pengalaman pahit daripadanya.


Tuesday, January 1, 2008

Azam 2008 - " Making things happen "


" People will know you are serious when you produce"
Muhammad Ali

Bagaimana hebat dicanang idea yang penuh semangat berkobar kobar sekali pun, apa yang membuat kita yakin dan berdiri teguh ialah tindakan kita. Apabila kita bertindak diatas apa jua diperkatakan "Cakap serupa bikin", barulah kita diyakini dan disanjung. Semua akan mengikut apabila mereka melihat mimpi menjadi kenyataan. Pelbagai pelan tindakan, rancangan yang hebat menjana kredibiliti dan kesanggupan komitmen dari orang yang kita pimpin, bukan hanya datang dari mulut yang hanya bercakap dan membelai mimpi, datangnya dari hasrat yang cekal untuk menjadikanya sesuatu yang tercapai juga akhirnya.

Selamat Datang 2008 dan Selamat Tinggal 2007


"When I can no longer create anything, I'll be done for"
Coco Chanel

Jika kita buat apa yang biasa kita lakukan, kita sentiasa mendapat benda yang sama. Oleh itu, pengalaman sudah tidak penting untuk kita harapkan. Kita sentiasa menempuh belbagai masaalah dan cabaran. Adalah menguntungkan jika kita dapat menyelesaikan setiap masaalah dengan cepat berdasarkan pengalaman lalu yang kita sudah pelajari. Banyak halangan yang kita tempuh masakini terdapat perbezaannya. Mungkin nampak ada persamaanya, tetapi teknologi baru yang sentiasa berubah dan cara dan kaedah baru bagi menyelesaikan masaalah menjana situasi yang berlainan dimana jika masih mengunakan cara lama akan mengakibatkan permasaalahan balik ke asalnya atau lebih buruk untuk diselesaikan.
Meletakkan diri kita supaya kreatif adalah kritikal, mungkin tak masuk akal agaknya. Kadangkala penyelesaian mengunakan cara "hentam kromo" je menjadi jugak. Kalau pun tidak menjadi, dengan mengambil pendekatan yang innovatif mungkin mendatangkan ilham baru kearah penyelesaian atau jawapan.

" I find the great thing in this world is not so much where we stand, as in what direction we are moving: To reach the port of heaven, we must sail sometimes with the wind and sometimes against it - but we must sail, and not drift, nor lie at anchor "
Oliver Wendell Holmes

Perubahan sentiasa bertiup dari pelbagai arah. Kita mulakan satu projek satu ketika, sebulan atau seminggu kemudian kita tinggalkan dan menukar keutamaan lain diatas sebab yang tidak diduga. Apabila dirasai keadaan menjadi berterusan dan mengganggu kewarasan fikiran maka kita menjadi 'frust' dan mulalah berfikir supaya meredakan keadaan dan menunggu keadaan menjadi pulih barulah membuat keputusan lain yang lebih baik. Ketidak warasan adalah menjadi perkara biasa masakini, namun, dengan menunggu supaya keadaan menjadi tenang kembali kadangkala membuatkan kita hilang arah tujuan dan meletakkan pula kepada situasi yang lemah dengan datangnya ombak perubahan yang tidak diduga. Jaga haluan dan teruskan perjalanan dengan visi dan matlamat yang jelas. Kapal yang kita naiki mungkin dipukul gelombang badai sepanjang perjalanan jika kita tetap terusnya, jika tidak harapan untuk sampai ke destinasi tidak akan tiba.

" To everything there is a season,
A time for every purpose under heaven "
Ecclesiastes 3:1

Sebagai manusia punya nafsu, pelbagai macam permintaan hendak dipenuhi. Kita punya visi dan impian bagaimana masa depan yang kita kehendaki. Kita punya keupayaan untuk memenuhi impian ini, memimpikan sebuah impian dan menjadikan ia satu kenyataan, kadangkala adalah susah untuk bersabar sedikit pun.
Kita tidak ada kuasa mutlak sepenuhnya bagi mengawal masa bagi pencapaian sesuatu perancangan supaya terlaksana. Walaupun kita mencuba bagi merancangkan pelbagai sasaran tahap untuk dicapai, namun terdapat pelbagai faktor faktor yang melenggahkan sepanjang perjalanan ini.
Bersabar je lah apabila keadaan sebegini berlaku, dan jangan membiarkan diri kita tergugat semangat walaupun terlambat memenuhi impian itu. Ramai diantara kita kandas ditengah jalan dan impian tidak pernah menjadi kenyataan.

"If you can dream it,
you can do it"
Walt Disney

Kebolehan berangan dan menjana mimpi dan menjadikan ia satu kenyataan adalah sifat manusia yang tiada pada makhluk yang lain didunia ini. Setiap diantara kita ada keupayaan untuk menjana sesuatu, tapi pemberian sebegini adalah juga dengan tanggunjawabnya dan digunakan dengan kebijaksanaan.
Sebagai pemimpin, kita punya tanggungjawab bagi mengalakkan dan membantu impian orang lain juga terlaksana. Mainkan peranan masing masing bagi merobah dunia kearah perubahan yang baik melalui keupayaan imaginasi dan aspirasi, dan bantu yang lain sama sama memainkan peranan mereka.

" The future belongs to those who believe
in the beauty of their dreams "
Eleanor Roosevelt

Impian kita adalah asas terletaknya bermacam bentuk angan angan dan mimpi mimpi yang lainnya. Keyakinan keatas apa yang kita bayangkan mungkin tidak mustahil sebagai langkah pertama kerah membentuk masa depan yang kita harapkan.
Satu langkah lain pula adalah memberikan inspirasi kepada orang lain untuk mempercayai apa yang kita mimpikan. Kita perlukan bantuan didalam merealisasikan mimpi kita menjadi kenyataan.