Nyamuk sejenis makluk perosak yang tidak disukai manusia sering membawa penyakit penyakit vektor yang payah diubati dan kadangkala membawa padah hingga maut dibuatnya. Penyakit penyakit yang sering disebut dan sinonim dengan nyamuk ini adalah malaria, elephantiasis, denggi dan chikungunye. Seringkali, perhatian utama terpaksa diberikan agar aku mesti menjauhi dari ancaman nyamuk ini. Sikit saja gigitannya akan membuatkan keresahan, rasa marah yang membara dan tindakan membunuhnya mesti dilakukan segera kalau tidak dia akan mengancam lagi dan akhirnya membuat hidup aku langsung tidak bermaana. Nyamuk ini jelas sejenis serangga yang licik dan menampakkan tabiat nya sebagai binatang yang tidak disukai manusia. Tapi ianya kejadian makluk ciptaan tuhan yang hidup bebas mengikut azali ianya dijadikan. Walaupun aku tak suka namun hakikatnya aku tiada pilihan dan tempuh saja lah kerana sebagai manusia biasa, aku lemah tak berkuasa melawan kehendak illahi. Walaupun tuhan maha kaya, apa saja kehendak aku untuk melenyapkan serangga ini, walaupun dengan doa tidak mungkin ianya lenyap dimuka bumi kepunyaan tuhan ini.
Bertambah malang adanya manusia yang tabiatnya macam NYAMUK, tanpa ia sedari, banyak menggigit mangsanya dan macam nyamuk betul adalah amat licik, menghisap darah kawan taulan dan bertindak tanpa dia sedari. Kalau ianya memimpin sesuatu organisasi maka awaslah ...tak tau apalah nak diceritakan disini. Aku terkena lagi gigitan NYAMUK ini didalam bilek mesyuarat semasa QTime...dibelakang aku tanpa kerelaan, tanpa merujuk keputusan minggu lepas, tanpa persetujuan diperolehi NYAMUK ini mengenakan aku lagi, tak serik serik aku juga nak digigitnya, tak mau dia gigit diri dia sendiri dengan alasan kurang bijak, siapa tak marah dan melenting dek bisa digigitnya...kalau sekali tak apa dah 3 kali, Gigitan Pertama, Gigitan kedua dan Gigitan Ketiga yang aku tak perlu cerita dan menjadikan Sejarah hidup aku, ingatan sakit yang tidak mudah aku lupai hingga akhir hayat aku, Nyamuk ini cari peluang menggigit kalau tidak ia meracau dan mencoccok cocok ketelingga bos atau orang atasan dengan "Ngennng.. Ngenggg.. Ngeengg' sehingga bos aku jadi pendendam keatas aku, sampai ketahap bos aku menghalau aku keluar dari bilek pejabat... tau je lah hari itu hari dimana lapuran penilaian prestasi kena disiapkan oleh bos untuk aku... Diantara perkara perkara yang tidak akan aku lupa keakhir hayat ku dan akan disebut oleh anak cuccu ku ...ini lah bahawa bisanya gigitan NYAMUK sehingga peluang naik pangkat pun hilang kerana prestasi kurang baik seumur hidup macam kena lumpuh gigitan nyamuk yang berbisa.
Bos yang menilai aku tu pun seorang yang rapat, amat aku kenal semasa di UiTM dan AIT sehinggalah beliau pi Birmingham dan aku pernah singgah disana berhari raya dirumahnya. Tak mungkin atas dasar itu beliau menghukum aku begitu kejam kalau tidak disebabkan NYAMUK tadi...aku tetap sanjung dia dan mendoakan kejayaaan beliau walaupun pena dia merekodkan prestasi buruk kepada aku.
Salah seorang rakan sekelas aku dulu telah cuba meredakan keadaan idalam sessi petang jumaat 14 november; QTime semalam dan menasihati dengan ungkapan dan amaran tajam kepada aku kerana bersikap marah dan tidak menghormati 'seniors as leaders'. Aku akur aku tidak seperti dia dah naik pangkat, aku syukur kerana beliau bernasib baik dan aku perlu 'respect' dia pasal dulu pun dia juga menghantar mempelai pengantin semasa aku kahwin dulu. Aku rasa beliau mahu di hormati sebagai orang atasan sekarang sewajarnya dengan taraf yang dinikmati beliau ...tapi ...............
"As leaders... Respect is earned and not demanded".
Beginilah bercelarunya keadaan apabila adanya NYAMUK membiak didalam organisasi dan menganggu ketenteraman orang yang keciwa seperti aku ini.
Disebabkan ini aku marah dan marah yang sepatutnya, kerana....
" The world needs anger. The world often continues to allow evil because it isn't angry enough. "
Bede Jarrett
"It is better to be a lion for a day than a sheep all your life. "
Elizabeth Kenny
Elizabeth Kenny