Sunday, December 21, 2008

CUEPACS kesal persaraan awal Pengarah Penguat Kuasa Imigresen

KUALA LUMPUR 11 Dis. — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini melahirkan rasa kesal terhadap persaraan awal Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamed.

Ishak, yang berusia 55 tahun pada 4 Januari ini telah memilih persaraan awal “atas dasar prinsip” dan dikatakan ditukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 1 Disember lepas.

Presiden Cuepacs, Omar Osman memberitahu Bernama bahawa kesatuan itu akan membangkitkan perkara itu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) esok.

Katanya adalah menjadi malang bahawa pegawai berdedikasi dan cekap bersara awal kerana Ishak “menjalankan tugas dengan baik” dalam membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara ini.

Sejak memegang jawatan itu sejak empat tahun lepas, Ishak bertanggungjawab memperkenalkan sistem penggunaan biometrik bagi mengesan kesahihan kad pengenalan diri, pasport dan dokumen perjalanan pendatang asing di negara ini. - Bernama

Saturday, December 13, 2008

'Saya mahu tidur sepuas-puasnya'

PUTRAJAYA 12 Dis. - "Saya mahu tidur sepuas-puasnya," kata Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed yang akan bercuti selama dua minggu mulai esok sebelum memulakan persaraan awal berkuat kuasa 3 Januari ini.
Ishak yang lebih dikenali sebagai Pak Sako di kalangan wartawan berkata, beliau hanya akan berehat di Perak dan membantu isterinya berniaga di negeri itu.
katanya, beliau tidak akan membawa ahli keluarga untuk melancong ke luar negara kerana kekurangan wang untuk berbuat demikian.
"Pertama sekali dalam tempoh dua minggu ini saya hendak tidur sebab saya memang kekurangan tidur sejak menjadi Pengarah Penguat Kuasa Imigresen lima tahun lepas.
"Anda cuba bayangkan, hari ini pasukan Helang Hitam (dari Imigresen) mahu lakukan serbuan, esok pasukan Pemburu dan lusa giliran polis. Saya kena menyertai semua operasi sehingga saya kekurangan tidur," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ishak sebelum ini dilaporkan memilih untuk bersara awal kerana tidak mahu berpindah ke jabatan kerajaan lain.
Ditanya kemungkinan kerajaan akan menolak permohonannya untuk bersara awal, Ishak berkata, beliau hanya akan membuat perancangan selanjutnya selepas kerajaan membuat keputusan mengenai statusnya.
"Bagilah saya tidur dahulu (cuti) dan lepas saya jaga (dari tidur) nanti, saya tengok keadaan macam mana," katanya.
Ditanya kemungkinan beliau akan berubah fikiran mengenai keputusannya untuk bersara awal, Ishak berkata, beliau tidak ingin bertukar ke jabatan kerajaan lain selain daripada Imigresen.
"Kalau saya tidak bersara, saya kena tukar ke jabatan lain dan saya akan kehilangan semangat untuk berkhidmat.
"Saya akan berkhidmat di jabatan baru dengan jiwa 50 peratus sahaja, lebih baik saya bersara daripada membazir duit kerajaan,"
katanya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada media massa yang membuat laporan mengenai Imigresen.
"Sumbangan wartawan dalam membantu meningkatkan imej Imigresen akan saya simpan dalam hati dan tidak akan lupa," katanya.

Thursday, December 11, 2008

By How much ? Who's talking.

Published: Thursday December 11, 2008 MYT 1:28:00 PM

Civil service heads told to cut costs, up efficiency

By SIM LEOI LEOI; thestar online.


PUTRAJAYA: Heads of government departments and agencies have been reminded against spending more to “improve” the level of their service to the people. Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan said on the contrary, measures to enhance public service delivery were supposed to help the administration save money. He said currently, many Government agencies often went about creating new posts, promoting existing staff or give other allowances as a way of promoting productivity and efficiency. “If these measures are effective, the agencies should be helping the Government save money and we don’t have to spend. “For instance, measures to enhance service can simply mean doing away with unnecessary forms or cutting down the number of staff processing certain applications and reassigning them to other tasks,” he said in his speech at the launch of the Prime Minister’s Department Quality Day on Thursday. “The effort taken by a staff to speed up a process does not need extra money. Similarly, we don’t have to spend to handle queries at our counters with a smile or in a polite manner. “As civil servants, we should carry out our duties immediately and with a sense of urgency,” he pointed out. Mohd Sidek said similarly, the implementation of extra activities or a programme by an agency following a Government directive did not have to involve additional allocation or too huge a sum. Agencies and departments, he added, had to also think “outside the box” and be prepared to be self-criticised in their quest to further enhance their service. “During this global economic crisis, higher productivity and efficiency become more important in drawing foreign investors,” he said, adding that both the Prime Minister and the Deputy Prime Minister had indicated their general satisfaction with the level of public service.

On the Government’s offer of quarters to civil servants affected by the Bukit Antarabangsa landslide, Mohd Sidek said so far, 11 people had indicated their interest. “Out of this 11, five of them have taken their keys. They will be placed at the quarters in Precinct 14. Although they are not entitled to the quarters, this is a special case,” he said.

On the report that Immigration enforcement director Datuk Ishak Mohamed opted for early retirement after he refused to take up a transfer to the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry, Mohd Sidek said he was not aware if the former had been “forced” to do so by those in charge.

I respect you, my brother !!!

Pak Sako bersara awal?



Datuk Ishak Mohamed

PUTRAJAYA 10 Dis. - Lazimnya tingkat empat bangunan Imigresen di Presint Dua di sini yang menempatkan Bahagian Penguatkuasanya tidak lekang daripada dikunjungi orang ramai, termasuk para wartawan.

Jika orang ramai berurusan kerana pasport, para wartawan pula hadir kerana menanti berita-berita daripada Pengarahnya, Datuk Ishak Mohamed yang tidak jemu untuk melayan kerenah wartawan dalam mendapatkan berita.Kebiasaannya hampir setiap minggu Ishak yang lebih mesra dipanggil Pak Sako kerana namanya sama seperti pejuang kemerdekaan dan bekas wartawan Utusan Melayu, Ishak Haji Muhammad, mengadakan sidang akhbar memaklumkan kejayaan anak-anak buahnya membanteras penyalahgunaan pasport dan pas-pas kerja oleh warga asing.

Bagaimanapun sejak dua minggu lalu, tingkat empat Jabatan Imigresen itu kelihatan 'sunyi' kepada wartawan, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mengatakan Pak Sako sakit.''Tidak, dia baik, sihat tetapi sedang bersiap untuk pergi," kata seorang kenalan rapat beliau ringkas kepada Utusan Malaysia, tanpa mahu menjelaskan maksud 'pergi' itu.

Bagaimanapun selepas diselidiki, Utusan Malaysia difahamkan Pak Sako akan meninggalkan kerjaya yang telah diceburinya lebih 25 tahun lalu kerana memilih untuk bersara awal. Tindakan Pak Sako memilih untuk bersara awal jelas menimbulkan persoalan besar kerana berdasarkan keadaan semasa, tidak ada sebab untuk beliau memilih bersara awal.

Melihat kepada semangat yang ditunjukkan dalam mengemudikan bahagian penguat kuasa itu tidak ada tanda-tanda menunjukkan beliau sudah mahu mengangkat tangan ataupun semangatnya telah pun surut.Dan jika melihat kepada prestasinya, tidak keterlaluan dikatakan bekas Pengarah Imigresen Perak itu telah menjalankan tugas dengan baik sejak menjawat jawatan itu empat tahun lalu. Tidak kira siang dan malam, beliau akan turun padang bersama anak-anak buahnya menyerbu lokasi-lokasi tertentu bagi mengurangkan masalah pendatang tanpa izin di negara ini.

Malah ketika jabatan itu 'panas' kerana diserbu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berapa lama dahulu, nama Pak Sako juga disebut-sebut bakal diserkup BPR kerana kedudukan jawatan beliau yang mudah terdedah kepada amalan yang menyalahi undang-undang itu. Namun ia hanya spekulasi semata-mata dan Pak Sako terus mengemudi bahagian penguat kuasa sehingga hari ini. Sehingga kini usaha untuk mendapatkan reaksi Pak Sako mengenai keputusannya bersara awal masih menemui jalan buntu.''Keputusan itu dibuat kerana beliau sayang kepada jabatan ini. Beliau rela bersara awal daripada ditukarkan ke jawatan lain di kementerian lain yang jelas berbeza dengan kerja beliau selama ini," kata seorang lagi kenalan rapat Pak Sako kepada Utusan Malaysia.Menurutnya, ketika ini di tingkat empat sibuk mengadakan persiapan majlis perpisahan Pak Sako pada Jumaat ini, meskipun Pak Sako telah meminta supaya tidak diadakan majlis seumpama itu.